Pada hari ini saya telah ke fakulti pada pukul 10 untuk menghadiri kelas Pn Kenchana iaitu subjek Pengurusan Produksi. Kami telah diberi maklumat tentang bagaimana untuk mengendalikan meeting. Selain itu,Pn Kenchana juga telah memberi kami masa untuk berbincang tentang Diploma Showcase. Koordinator Acara telah meminta semua ahli produksi untuk menyediakan bajet.
Setelah tamat kelas Pn Kenchana,Pada sebelah petang saya telah ke bilik penyelia iaitu En Fifi untuk mendapatkan confirmation tentang bajet kostum. Bajet kostum telah disahkan dan akan saya print dan disahkan oleh En Fifi keesokan harinya..
Selain itu, pada hari saya dan En Fifi telah mencuba untuk melakarkan kostum bagi naskah Datuk Harimau. Saya telah membantu En Fifi untuk menerangkan watak dan perwatakkan watak-watak didalam karya Datuk Harimau. Saya juga telah diingatkan supaya memberitahu Pengurus Produksi untuk mengeluarkan surat lantikan untuk pereka kostum.
No comments:
Post a Comment