Salam...
Pada hari ini meeting produksi bersama pengarah dan juga penyelia terpaksa dibatalkan oleh kerana masalah yang tertentu.Walaupun meeting produksi dibatalkan, saya telah diarahkan oleh Pengurus Produksi untuk berkumpul dengan ahli produksi bahagian artistik untuk membuat meeting. Sewaktu meeting kami semua memberitahu segala yang telah kami lakukan buat setakat ini. Saya juga telah dimaklumkan ada penambahan pada skrip "Satu Plastik Hitam".
Selepas meeting tamat, saya dan beberapa ahli produksi telah keluar untuk membeli sedikit barang keperluan kelas di Mydin Subang. Sambil mencari barang keperluan kelas saya telah membuat tinjauan harga terhadap harga sehelai pinafore. Dari tinjauan harga pinafore adalah secara kasarnya RM30.00 .
Balik dari Mydin Subang saya terus ke fakulti untuk perjumpaan perdana bersama dekan baru untuk FTKA iaitu Prof Razak Mohaideen.
Selepas perjumpaan, saya terus bergegas ke studio semerah padi untuk bersama-sama Pn Umi Kalsom yang telah menyediakan satu slot bengkel untuk para pelakonnya. Saya turut melihat proses mereka menjalani latihan fizikal. Saya kemudiannya ke Studio Mak Yong untuk ke latihan Teka Tari dan juga untuk berjumpa dengan penyelia saya. Saya berbincang bersama penyelia untuk menyediakan bajet bagi diselitkan didalam kertas kerja untuk diploma showcase yang dateline pada 13 Januari iaitu esok.
No comments:
Post a Comment