Pada hari ini saya telah ke fakulti pada pukul 10 untuk menghadiri kelas Pn Kenchana iaitu subjek Pengurusan Produksi. Kami telah diberi maklumat tentang bagaimana untuk mengendalikan meeting. Selain itu,Pn Kenchana juga telah memberi kami masa untuk berbincang tentang Diploma Showcase. Koordinator Acara telah meminta semua ahli produksi untuk menyediakan bajet.
Setelah tamat kelas Pn Kenchana,Pada sebelah petang saya telah ke bilik penyelia iaitu En Fifi untuk mendapatkan confirmation tentang bajet kostum. Bajet kostum telah disahkan dan akan saya print dan disahkan oleh En Fifi keesokan harinya..
Selain itu, pada hari saya dan En Fifi telah mencuba untuk melakarkan kostum bagi naskah Datuk Harimau. Saya telah membantu En Fifi untuk menerangkan watak dan perwatakkan watak-watak didalam karya Datuk Harimau. Saya juga telah diingatkan supaya memberitahu Pengurus Produksi untuk mengeluarkan surat lantikan untuk pereka kostum.
Thursday, January 13, 2011
Wednesday, January 12, 2011
12 Januari 2011
Salam...
Pada hari ini meeting produksi bersama pengarah dan juga penyelia terpaksa dibatalkan oleh kerana masalah yang tertentu.Walaupun meeting produksi dibatalkan, saya telah diarahkan oleh Pengurus Produksi untuk berkumpul dengan ahli produksi bahagian artistik untuk membuat meeting. Sewaktu meeting kami semua memberitahu segala yang telah kami lakukan buat setakat ini. Saya juga telah dimaklumkan ada penambahan pada skrip "Satu Plastik Hitam".
Selepas meeting tamat, saya dan beberapa ahli produksi telah keluar untuk membeli sedikit barang keperluan kelas di Mydin Subang. Sambil mencari barang keperluan kelas saya telah membuat tinjauan harga terhadap harga sehelai pinafore. Dari tinjauan harga pinafore adalah secara kasarnya RM30.00 .
Balik dari Mydin Subang saya terus ke fakulti untuk perjumpaan perdana bersama dekan baru untuk FTKA iaitu Prof Razak Mohaideen.
Selepas perjumpaan, saya terus bergegas ke studio semerah padi untuk bersama-sama Pn Umi Kalsom yang telah menyediakan satu slot bengkel untuk para pelakonnya. Saya turut melihat proses mereka menjalani latihan fizikal. Saya kemudiannya ke Studio Mak Yong untuk ke latihan Teka Tari dan juga untuk berjumpa dengan penyelia saya. Saya berbincang bersama penyelia untuk menyediakan bajet bagi diselitkan didalam kertas kerja untuk diploma showcase yang dateline pada 13 Januari iaitu esok.

Tuesday, January 11, 2011
Pengenalan Blog
Tujuan blog ini dicipta adalah untuk menjadi laporan dan juga jurnal harian saya sebagai pelajar semester akhir untuk Diploma Pengurusan Seni Persembahan yang mememegang jawatan sebagai Koordinator Kostum dan Tatarias untuk Diploma Showcase 2011 bagi Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik di Universiti Teknologi Mara. Sebanyak 4 naskah akan dipersembahkan antaranya,:
Dato Harimau - Karya dan Arahan Pn Umi Kalsom Ahmad
Satu Plastik Hitam - Karya dan Arahan En Shahrul Fitri
Nyawa (Tajuk masih dalam perbincangan) - Karya dan Arahan Pn Aminah Rhapor
A Potrait of Malaysia (Tajuk masih dalam perbincangan) - Arahan Prof Ches Skinner
Tugasan saya sebagai Koordinator Kostum dan Tatarias adalah dibawah seliaan penyelias saya iaitu En Nur Afifi Mohd Taib....

Subscribe to:
Posts (Atom)